Alhamdulillah.
Itu sahaja yang dapat dilafazkan apabila aku melayari laman web MPH. Akhirnya, Transgenesis: Bisikan Rimba kini berada di pasaran.
Jadi kepada semua yang menanti dengan sabar selama ini, jangan lupa dapatkan naskhah Transgenesis: Bisikan Rimba anda di kedai-kedai buku utama.
Jika ada yang ingin memberikan maklum balas mengenai Transgenesis: Bisikan Rimba, e-melkan maklum balas anda kepada tintakelana@yahoo.com.
Isnin, 23 Jun 2008
Noktah suatu penantian
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
11:07
0
maklum balas
Label Transgenesis
Isnin, 16 Jun 2008
Penantian yang belum bernoktah
Kebetulan, beberapa hari kemudian, aku berada di sekitar kawasan Batu Caves. Maka tergeraklah naluriku untuk singgah di stor PTS. Dan betapa leganya rasa hati ini apabila menatap dan memegang Transgenesis: Bisikan Rimba untuk pertama kalinya. Hanya kalimah tahmid, alhamdulillah, sahaja yang mampu aku tuturkan.
Walau bagaimanapun, aku diberitahu oleh sahabat-sahabat yang setia menanti bahawa kelibat Transgenesis: Bisikan Rimba masih belum kelihatan di kedai-kedai buku. Apabila aku memeriksa laman-laman web kedai-kedai buku pun tidak ada maklumat yang novel ini sudah memasuki pasaran secara rasmi. Jadi, aku pun menelefon saudara Mat Jan sebentar tadi, dan beliau berjanji akan mendapatkan maklumat sebenar dari pihak pemasaran.
Nampaknya, sahabat-sahabat terpaksalah menanti sedikit lagi. Mungkin penantian ini belum bernoktah dan penantian ini mungkin menyeksakan, tetapi aku yakin penantian ini besar hikmahnya, insya-Allah.
Diharap bersabar.
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
18:05
2
maklum balas
Label Transgenesis
Selasa, 3 Jun 2008
Masih menanti
Nampaknya Transgenesis: Bisikan Rimba belum berada di pasaran seperti yang dijangkakan. Aku dimaklumkan bahawa terdapat sedikit kelewatan di pihak pencetak. Jadi terpaksalah kita semua bersabar dan menanti hari Transgenesis: Bisikan Rimba membuat kemunculannya.
Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan...
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
11:38
4
maklum balas
Label Transgenesis
Rabu, 28 Mei 2008
Promosi oleh sahabat
Novel Transgenesis: Bisikan Rimba masih belum berada di pasaran. Bagaimanapun, sudah ada usaha menguar-uarkan kemunculaqn novel ini oleh beberapa sahabatku.
Justeru, di dalam kesempatan ringkas ini, aku ingin merakamkan ucapan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membantu mempromosikan novel Transgenesis: Bisikan Rimba di dalam blog mereka.
Setakat ini, blog-blog yang dapat aku kesan mempromosikan novel keduaku ini adalah:
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
22:42
0
maklum balas
Label Transgenesis
Isnin, 26 Mei 2008
Komen "Ombak Senja" di Forum Cari
Berikut adalah beberapa lagi pandangan dan maklum balas mengenai Ombak Senja daripada bebenang (thread) Amir Husaini di Forum Cari. Maklum balas ini adalah daripada dua orang ahli forum di situ iaitu Darius dan Ci.
- Darius: "Saya mulakan thread ini sekadar nak tahu pandangan orang lain tentang Ombak Senja. Secara peribadi, saya suka cerita ini sebab walaupun temanya cinta, tetapi plot utamanya adalah berkenaan isu HIV dan AIDS. Mungkin setengah orang tak suka endingnya kerana endingnya bukan a fairy tale ending, tetapi saya tak rasa cerita ini tergantung."
- Ci: "sbnrnye ci minat ngan OS ni lepas di rekemen..... yg penting, buku abg amir nih byk bg pengajaran.... n yg penting ci da dpt tmbh ilmu pengetahuan b'kaitan penyakit aids tuh.... sbnrnye, memula ci xtau pon tau psl OS nih.... 1 ari tuh ci dtg umah membe...tgh boring² tu saje je slongkar rak buku dier.... tgk byk novel² baru dier bli ( t'masuk novel abg amir).. ci pon sesaja je la selak² novel OS nih...tah camne rase menarik plak... pastu membe tuh plak kate best.... dr situ la ci tau n ape lg, trus la bace.....
"
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
22:51
0
maklum balas
Label maklum balas, Ombak Senja
Isnin, 19 Mei 2008
Berforumlah pula
Lebih kurang dua minggu lepas, aku mula berjinak-jinak dengan Forum Cari yang memfokuskan kepada perbincangan dunia penulisan di negara kita. Ramai yang bergiat di situ, dari kaca mata aku, adalah anak-anak muda yang giat membaca. Jadi aku sengaja menjengah di situ dan meninggalkan pandangan dan maklum balas.
Rasaku, tidak salah kalau penulis seperti aku turut sama berforum. Bukannya apa, sekurang-kurangnya kalau ada sebarang soalan, boleh aku jawab secara terus, dan jika ada sebarang komen, boleh aku terima secara langsung.
Apapun, namaku di persada forum itu tetap sama, cuma ejaannya Amir_Husaini. Dan forum yang aku maksudkan boleh dicapai di alamat ini.
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
22:32
6
maklum balas
Label blog
Ahad, 18 Mei 2008
Komen Sifu PTS
Maklumat ini diterima daripada saudari Hani Ismail, penulis siri Akademi Gemilang. Beliau memaklumkan sifu PTS, Puan Ainon Mohd ada mencatatkan pandangan beliau mengenai kulit novel Transgenesis: Bisikan Rimba di blog Universiti Terbuka PTS. Komen beliau boleh dibaca di sini atau dibaca di bawah:
Siapa tahan memegang buku yang covernya sebagus ini!Cover ini adalah hasil kreasi Tuan Hisham Salmin, Pengarah Jabatan Kreatif PTS. Selain seorang pelukis water-colour, beliau juga seorang seniman foto. Bukan itu sahaja, beliau juga boleh bermain gitar dan menyanyi.
Amir Husaini sebelum ini menerbitkan karya-karyanya dengan penerbit lain, tetapi sekarang beliau sudah menjadi milik PTS.
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
21:08
0
maklum balas
Label Transgenesis
Rabu, 14 Mei 2008
Mempersembahkan "Transgenesis: Bisikan Rimba"
Debaran menanti kulit hadapan Transgenesis: Bisikan Rimba telah berakhir. Aku secara kebetulan melayari laman web PTS Sdn Bhd dan terjumpa kulit buku hasil tanganku yang kedua ini. Ikhlas aku katakan, untuk satu waktu yang agak lama, aku terkesima. Bukan kerana tidak puas hati. Bukan kerana kecewa. Tetapi kerana gembira. Malah, aku berani katakan yang kulit buku ini antara yang terbaik yang pernah aku lihat. Aku ucapkan terima kasih kepada editor PTS, saudara Mat Jan dan juga warga kerja di syarikat tersebut di atas hasil yang berjaya mencuri hatiku.
Seperti yang telah aku janjikan, di bawah ini adalah kulit hadapan novel Transgenesis: Bisikan Rimba.
Dan di bawah ini pula, sinopsis yang disediakan oleh editor yang juga boleh dilihat di pautan ini:
Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA secara rahsia.Difahamkan novel ini akan berada di pasaran pada 31 Mei nanti. Nantikan kemunculannya dan dapatkan naskhah peribadi anda!
Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam...
Dalam Transgenesis: Bisikan Rimba, Amir Husaini menggabungkan bakat penulisan luar biasa dan pengetahuan saintifik menakjubkan bagi menghasilkan fiksyen sains thriller yang hebat lagi mendebarkan!
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
22:05
8
maklum balas
Label Transgenesis
Isnin, 12 Mei 2008
Lagi komen "Ombak Senja"
Alhamdulillah nampaknya masih ada yang sudi memberi maklum balas mengenai Ombak Senja. Kali ini aku menerima sepucuk (?) mel elektronik daripada saudari Afifah Fiey. Terima kasih kepada saudari Afifah yang sudi memberikan pandangan.
OS satu cerita yang menarik isi kandungannya, penuh dengan etika dan memberi ruang untuk membaca pemikiran manusia. Penulis berjaya menggambarkan kesedihan zirul masa kematian hairi..saya sangat tersentuh.huhu.dan yang bestnya banyak unsur suspend..apapun, untuk novel pertama, pasti ada sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki, saya perasan terdapat kesalahan dalam struktur ayat dan ejaan...Kawan saya pun dah baca, katanya not bad..untuk seorang saintis dan ahli pemikir..., boleh dipertingkatkan lagi..dan saya tahu, proses menghasilkan sebuah novel bukan satu proses yang mudah, dan memerlukan idea yang betul2 berbeza daripada orang lain..tahniah
![]()
But, overall, this novel is full of message yang boleh bagi satu tamparan kepada mereka yang mempunyai perspektif seperti emak zirul..hehe..
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
09:05
0
maklum balas
Label maklum balas, Ombak Senja
Isnin, 5 Mei 2008
Nopen dan novel fiksyen sains
Aku telah pun memulakan penulisan untuk nopen "Mencari Nessie." Rasanya aku boleh siapkan nopen ini di dalam masa yang terdekat. Seperti juga nopen "Menagih Janji Langit Malam," nopen "Mencari Nessie" juga sedikit lari dari kebiasaan dalam konteks penceritaan. Cerita ini berlatarbelakangkan kota yang pernah menjadi tempat tinggalku selama separuh dekad iaitu Glasgow. Dan mungkin ada yang boleh mengagak isi utama cerita ini daripada tajuk nopen.
Walau apapun, nopen "Mencari Nessie" ini merupakan nopen kedua yang aku tulis untuk antologi nopen yang dirancang bersama novelis Izza Aripin. Walaupun "Menangih Janji Langit Malam" mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan, aku tidak bercadang untuk melengah-lengahkan penulisan bagi "Mencari Nessie." Insya-Allah, nopen ini bakal siap di dalam masa terdekat ini.
Bagi memastikan penerbitan antologi nopen ini berjalan lancar, Izza Aripin dan aku telah sepakat untuk menetapkan tarikh 15 Jun 2008 sebagai tarikh akhir bagi kami menyiapkan kesemua nopen. Untuk makluman, aku menulis tiga cerita manakala Izza Aripin menulis tiga lagi cerita. Kesemua cerita ini bertemakan fiksyen sains dan fantasi. Sekiranya apa yang dirancang oleh aku dan Izza Aripin menjadi kenyataan, kisah-kisah nopen ini akan digarap dan diulit di dalam satu bentuk yang belum pernah dilakukan lagi sebelum ini. Buat masa ini, sinopsis nopen-nopen ini masih rahsia. Insya-Allah masa yang sesuai akan sampai bagi kami menguar-uarkan perincian mengenai antologi ini.
Sementara itu, terdapat sedikit perubahan bagi nopen ketiga yang bakal aku tulis. Asalnya aku ingin menulis sebuah nopen bertajuk "Koloni 1974" tetapi kini aku telah berubah fikiran. "Koloni 1974" akan aku garap menjadi sebuah novel fiksyen sains yang akan aku usahakan bagi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan. Tajuknya juga akan diubah sedikit bagi menyesuaikan dengan beberapa perubahan ke atas jalan cerita ini. Jadi bagi menggantikan "Koloni 1974," aku akan menulis sebuah cerita lain dengan tajuk "Detik."
Nantikan maklumat lanjut mengenai perkembangan penulisan-penulisan ini!
Dicoret oleh
Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen
pada
11:30
0
maklum balas
Label Detik, Koloni 1974, Menagih Janji Langit Malam, Mencari Nessie, Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi 2008

