Jumaat, 25 September 2009

Ampun dipohon, maaf dipinta

Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri baru-baru ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap yang lalu. Aku juga ingin memohon kemaafan di atas kelewatan menyiapkan sekuel bagi "Transgenesis: Bisikan Rimba".


Kepada semua yang menanti, diharap bersabar sedikit masa lagi. Sememangnya sekuel ini aku sedang usahakan dengan segigih mungkin. Realitinya, apabila aku tidak berpuas hati dengan hasil tulisan, aku akan menulis semula apa yang telah ditulis itu. Selagi aku tidak puas, mana mungkin aku harapkan pembaca bakal terasa puas?

Justeru, aku pohon kesabaran semua. Insya-Allah, sekuel ini akan muncul juga. Doakan bersama, ya?

2 maklum balas:

Web Sutera berkata...

Assalamualaikum. Memang sabar sheikh! Teruskan...

Car Loan Caculator berkata...

great job....
keep going...
lastly, thanks for sharing...
have a nice day..