Setiap tahun, acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) menjadi acara yang dinanti-nantikan. Pada tahun ini, KLIBF berlangsung antara 17 hingga 26 April 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bagi yang berkesempatan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke KLIBF.
Sayangnya, aku berada di luar negara antara 15 hingga 22 April, dan hanya berpeluang menjengah ke KLIBF pada hari-hari terakhir acara tersebut. Apa pun, aku doakan semoga KLIBF kali ke-28 ini berjaya.
Dan jangan lupa dapatkan Ombak Senja di gerai Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd dan Transgenesis: Bisikan Rimba di gerai PTS Publications and Distributors Sdn Bhd.
Isnin, 13 April 2009
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
Dicoret oleh Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen pada 19:16
Label Ombak Senja, Transgenesis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 maklum balas:
hari2 terakhir lah bagus, boleh borong buku!
Catat Ulasan