Rabu, 11 Mac 2009

Pembakar semangat

Aku baru sahaja menerima e-mel daripada saudara Nazri @ Vovin, editor PTS Fortuna. E-mel tersebut mengandungi teaser cover bagi Transgenesis 2.

Tulis saudara Nazri:

Ia tidak lain hanya bertujuan untuk 'membakar' semangat Tuan menyudahkan bahagian kedua novel fiksyen sains yang menarik itu.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Nazri atas inisiatif yang diambil.

Teaser cover ini aku kongsikan di sini. Harap maklum bahawa ini bukan cover yang muktamad. Apa pandangan kalian?

7 maklum balas:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

juga berharapan agar ini bukan cover sebenar. teruskan berkarya saudara. kalau boleh trngenesis 2 lebih tebal dan lebih menduga dan menguja pembacanya.

Azrul bin Jaini berkata...

Salam...

Semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah...

Bagi saya, rupa kulit itu macam buku seram / hantu.

Gambar muka itu ada keserupaan dengan wajah watak antagonis game Starcraft: Brood War, Sarah Kerringan...

Wassalam =)

Welma La'anda berkata...

takutnya saya cover buku ini. Kalau saya sebagai ibu bapa, tidak akan membeli buku yang ada gambar sebegini untuk anak-anak saya. :)

Unknown berkata...

Hmmm... menyeramkan but intriguing. Bukan anak-anak aje yang takut, mak bapak pun rasanya kecut perut. Anyway... moga menjadi teaser tu... he he he.

maharam berkata...

Mmmmm kalau caver buku macam ni kat MPH...entah berapa ratus tahun baru saya capai dan beli. Ikhlas saya katakan, saya beli transganesis bila lihat cover hijaunya yang menarik. nampak lembut dan mendamaikan...
Harapnya caver ni bukanlah yang muktamad.
Apapun, harapannya inti novel lagi bagus dari caver. selamat menulis

Siti Nazirah berkata...

mm...rasanye kalau guna orang sebenar yang dihias seakan-akan flora seperti kulit yang pertama tu lagi baik..ini hanya pendapat saya sahaja..maaf jika menyinggung..

qunia berkata...

kalau gambar ni diselitkan di dalam novel saya kira ok.
untuk kulit novel saya rasa ianya tidak membayangkan jiwa flora yang sebenarnya.