Selasa, 17 Mac 2009

Mata Pena

Mulai semalam, Radio IKIMfm menyiarkan program "Mata Pena" pada pukul 9.15 malam setiap Isnin. Program ini membicarakan mengenai penerbitan kreatif tanah air.

Aku bertuah kerana dipilih sebagai tetamu pertama program ini dan Ombak Senja telah dipilih sebagai novel yang diutarakan.

Dengar cerita, sahabat penulisku, Hani Ismail bakal muncul dalam program minggu hadapan bagi membincangkan siri novel Akademi Gemilang.

Bagi peminat-peminat penulisan kreatif, jangan lupa dengar-dengarkan IKIMfm pada setiap Isnin 9.15 malam bagi mengikuti program "Mata Pena".

1 maklum balas:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Inisiatif yang bagus oleh IKIMfm dalam memartabat dan memasyarakatkan karya penulis tempatan. Daripada mengagungkan selibriti hiburan lebih baik sesekali menonjolkan wacana keilmuan.