Rabu, 14 Mei 2008

Mempersembahkan "Transgenesis: Bisikan Rimba"

Debaran menanti kulit hadapan Transgenesis: Bisikan Rimba telah berakhir. Aku secara kebetulan melayari laman web PTS Sdn Bhd dan terjumpa kulit buku hasil tanganku yang kedua ini. Ikhlas aku katakan, untuk satu waktu yang agak lama, aku terkesima. Bukan kerana tidak puas hati. Bukan kerana kecewa. Tetapi kerana gembira. Malah, aku berani katakan yang kulit buku ini antara yang terbaik yang pernah aku lihat. Aku ucapkan terima kasih kepada editor PTS, saudara Mat Jan dan juga warga kerja di syarikat tersebut di atas hasil yang berjaya mencuri hatiku.

Seperti yang telah aku janjikan, di bawah ini adalah kulit hadapan novel Transgenesis: Bisikan Rimba.

Dan di bawah ini pula, sinopsis yang disediakan oleh editor yang juga boleh dilihat di pautan ini:

Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA secara rahsia.

Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam...


Dalam
Transgenesis: Bisikan Rimba, Amir Husaini menggabungkan bakat penulisan luar biasa dan pengetahuan saintifik menakjubkan bagi menghasilkan fiksyen sains thriller yang hebat lagi mendebarkan!
Difahamkan novel ini akan berada di pasaran pada 31 Mei nanti. Nantikan kemunculannya dan dapatkan naskhah peribadi anda!

8 maklum balas:

Abang Long berkata...

Salam hormat. Belum pernah membaca novel seperti ini. Dan sekarang berminat untuk mendapatkannya.

Kelana berkata...

Salam hormat buat Abang Long. Terima kasih di atas minat dan sokongan yang Abang Long berikan.

nadia yuna berkata...

salam..
menarik sungguh novelnya
kalao berkesempatan saya cari ye
=)

Kelana berkata...

Salam saudari,
Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Sokongan saudari amat saya hargai.

nadia yuna berkata...

u're welcome..

betul juga ya
dunia ni kecik je
pi mana pon
last2 jumpa jugak nnti
=)

semoga success selalu!

Kelana berkata...

Terima kasih. Rajin-rajinlah berkunjung ke sini, ya?

Mersik berkata...

Tahniah diatas kelahiran novel ini. Semoga akan mendapat sambutan yang luar biasa hebatnya.

Semoga terus berusaha.

Kelana berkata...

Salam Mersik. Terima kasih. Moga doa saudara dimakbulkan. Amin!