Sabtu, 5 April 2008

Ulasan ringkas "Ombak Senja"

Pada penghujung bulan Februari yang lalu, saudara RMN, editor Tintarona Publications Sdn Bhd, telah memaklumkan aku bahawa satu ulasan ringkas mengenai Ombak Senja di dalam majalah Remix keluaran Mac 2008. Remix ialah sebuah terbitan baru Kumpulan Utusan yang disasarkan khusus kepada remaja. Jenuh juga aku mencari majalah ini di merata-rata tetapi gagal. Akhirnya, novelis Izza Aripin berjaya menemui majalah ini di sebuah kedai buku di Carrefour Wangsa Maju.

Ulasan ringkas berupa promosi itu boleh dibaca di halaman 92 majalah tersebut. Aku kongsikan ulasan yang dibuat oleh Noreen Tajuddin ini di bawah:

Kisah seorang pemuda bernama Hairi, anak yatim piatu yang dijangkiti HIV. Kepulangannya ke kampung dari UK dengan niat mahu mengubah dirinya dan bertaubat di atas dosa yang pernah dilakukannya. Di kampung, Hairi bertemu semula dengan rakan sepermainan sewaktu kecil, Sofea yang sudah bergelar doktor. Ternyata cinta Sofea terhadap Hairi tidak pernah berubah. Tapi mampukah Hairi menerimanya tatkala orang kampung mengeji dan menuduhnya gay. Mampukah Hairi terus bertahan?
Dapatkan naskhah Ombak Senja anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung.

0 maklum balas: