Khamis, 9 Ogos 2007

Maklum balas "Ombak Senja"

Asalnya aku mahu menyambung "Inilah Kisahku" tapi terasa malas pula. Sebaliknya minggu ini aku sertakan maklum balas yang telah diterima setakat ini mengenai novel Ombak Senja. Ini kiranya macam promosi jugalah.

  1. Pesanan ringkas daripada saudari Wan Rozita (Kuala Lumpur, 2 Julai 2007 pada 2.03 petang): Salam, I've finished reading yr novel. Honestly very sad & compelling. Sesuai utk buat drama esp. sempena hari AIDS.
  2. Pesanan ringkas daripada saudara Wan Ibzaini (Pulau Pinang, 7 Julai 2007 pada 9.21 malam): Saya dah baca novel tu. Sedih.
  3. Pesanan ringkas daripada saudara Nurmirafudin (Miri, 19 Julai 2007 pada 2.22 petang): Finished reading d book last weekend. Time worth spent. Challenging d stigma our people have towards d unfortunate ones. I spot a typo error, Pg127, top row: selalu -> selaku
  4. E-mel daripada saudari Ieyja Faisal (Pulau Pinang, 1 Ogos 2007 pada 11.16 malam): Assalamualaikum Amir, Ieyja dah baca Ombak Senja... Novel ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ieyja terasa nak menangis tatkala membaca sajak Hairi untuk Sofea.. nasib baik masa tu.. tengah naik bas balik kerja. Kalau kat rumah sudah tentu dah berderai air mata. Secara peribadi.. novel ni memang best.
Saudari Ieyja juga ada membuat ulasan novel Ombak Senja di blognya iaitu Segmen Novel Melayu. Berikut adalah ulasan beliau:

Cerita Ombak Senja:


Hairi pulang ke kampung halaman setelah meninggalkan Kampung Sungai tiga ham,pir sepuluh tahun lamanya. kepulangannya memeranjatkan orang yang terdekat..tetapi mereka menerima kepulangan dengan hati yang berbunga.

Dan kepulangannya itu disambut dengan hati yang riang oleh insan tercinta iaitu Sofea. Malangnya Hairi hanya ingin menganggap Sofea sebagai sahabat dan adik sahaja. Kecewa hati Sofea dengan ungkapan itu. Hairi sebenarnya terpaksa berbuat begitu kerqana dia mengidap penyakit aids.

Penyakit yang disembunyikan itu akhirnya dapat diketahui oleh orang kampung kerana insiden penangkapan penagih dadah dirumah pusaka milik Hairi. Dalam kes itu Hairi telah tercedera dan dimasukkan ke wad penyakit berjangkit. akhirnya orang kampung memulaukan Hairi.

Sofea yang memang menunggu kepulangan Hairi..meluahkan hasrat kepada ibu bapanya bahawa dia ingin hidup didamping Hairi. Pak Jamal seorang yang berilmu tidak membantah tindakan Sofea. Sesungguhnya Sofea bahagia di samping Hairi.
" Dikala ombak menghempas pantai
Matamu ku lihat memukau jiwa
Menghulurkan keseronokan mengundang tawa
Walau untuk sedetik cuma
Walau sementara pengubat derita..

Akan ku bawa cintamu..hingga tiupan nafasku yang terakhir..

Sesungguhnya perkahwinan itu membahagiakan Hairi..walaupun dalam dia dipulaukan oleh orang kampung masih ada insan yang sudi membantu dan menyayanginya sepenuh hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ombak Senja adalah sebuah kisah segelintir masyarakat hari ini yang tidak mahu memberi peluang kepada individu yang telah pulang ke pangkal jalan. malahan mencerca dan menghina.
dapat dilihat dimana Hairi yang telah insaf dicerca dan dihina malahan dipulau oleh masyarakat kampung. Ombak senja juga membuka ruang minda mengenai pesakit aids.. dimana sering berlaku salah anggap dan mengakibatkan kita menjauhkan diri dari pesakit berjangkit ini.

* Keinsafan: Setiap dari kita diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan . Jika sekiranya pernah melakukan kesilapan yang amat berat..jalan masih terbuka luas untuk kita kembali...

*
Peluang: Masyarakat haruslah memberi peluang kepada mereka - mereka yang telah sedar dari kesilapan masa lalu. dan seterusnya membantu mereka memulihkan keadaan diri mereka bukannya menolak mereka.

* Kasih sayang dapat membantu menghilangkan penderitaan yang ditanggung oleh seseorang.

* Jangan sekali kita berpandangan buruk atau berburuk sangka dengan sekali pandang tanpa berusaha menyelidiki terlebih dahulu.... ini ada kalanya.. keadaan akan berubah menjadi sebaliknya..orang yang dituduh itu sebaliknya lebih bagus dari kita.

Aku ingin merakamkan terima kasih di atas pandangan dan maklum balas ikhlas yang diberikan. Jika ada maklum balas yang lain, aku amat alu-alukan.

Satu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima setakat ini:
Hampir semua yang membaca Ombak Senja mengatakan ceritanya sedih.

2 maklum balas:

Natasha Nadya berkata...

Salam Amir, saya dah baca cerita tu. Mmg lain dari cerita yg ada di pasaran. Walaupun saya benci dgn apa yg Hairi buat sebelum dia balik ke kampung, tapi cara Amir tulis menyebabkan di akhir cerita saya simpati dan faham dgn nasib Hairi.

Kelana berkata...

Saudari Natasha, terima kasih.