Akhir-akhir ini agak banyak juga yang telah ku tulis. Di sebalik kesibukan tugas hakiki (maklum sajalah, aku bukan penulis sepenuh masa), sempat juga aku mencuri masa di malam hari untuk berkarya.
Cerpen "Kilt dan Kimono" telah siap dan telah diposkan ke Mingguan Malaysia bagi pertimbangan mereka. Entah terbit entah tidak, aku pun tak berani hendak mengagak. Hantar saja, keluar atau tidak itu persoalan kedua.
Novel "Transgenesis" juga sudah mula menampakkan rupa yang lebih konkrit. Setidak-tidaknya aku telah berpuas hati dengan 20% pertama novel ini. Jika tiada kekangan masa dan tenaga, rasanya novel ini mampu ku siapkan tidak lama lagi, insya-Allah.
Memoir yang akan ku tulis bersama dengan Izza Aripin juga akan dimulakan tidak lama lagi. Itu satu lagi perkara yang mencabar tetapi aku yakin boleh dilaksanakan.
Jika diturutkan rasa badan, memang meletihkan. Tapi kalau dilayan rasa letih ini, alamatnya tidak ada kesempatan untuk berkarya kerana sesungguhnya dalam keletihan ada kepuasan.
Isnin, 25 Jun 2007
Dalam keletihan ada kepuasan
Dicoret oleh Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen pada 10:59
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 maklum balas:
setuju dgn Amir.. dlm keletihan ada kepuasaan.. lebih2 lg kalau apa yg kita usahakan berhasil baik. selamat berkarya dn semoga maju jaya!
Terima kasih, dan saya setuju dengan pandangan di blog saudari... tak sepatutnya kita bermalas-malasan. Memang merugikan!
Banyaknya projek... looking forward untuk baca hasilnya nanti :-)
Saudari Jie, kata org putih, "an idle mind is the devil's workshop", jadi sengaja saya menyibukkan diri. :-)
Catat Ulasan