Aku telah selesai menyemak pruf kedua novel pada malam Ahad yang lalu. Sekarang cabaran adalah untuk menamakan semula novel ini. Hendak menamakan tajuk novel bukanlah semudah yang disangka. Tanggungjawabnya hampir sebesar dengan tanggungjawab hendak menamakan anak. Agaknya sebab itulah penulis begitu sayangkan hasil kerja tangan mereka yang telah diterbitkan.
Berikut diperturunkan nama-nama yang telah dicadangkan selepas perbincangan dengan Izza Aripin:
- "Ombak Senja" --- ini merupakan tajuk asal novel ini yang juga menjadi nama blog ini
- "Di Hujung Senja"
- "Dan Senja pun Berlabuh" --- meminjam dan mengolah frasa yang digunakan sebagai tajuk novel Izza Aripin yang bertajuk "...dan Mimpi pun Bersatu"
- "Ombak Senja sebagai Saksi"
- "Dalam Dakapan Senja"
- "Digamit Senja"
- "Senja Nan Menanti"
0 maklum balas:
Catat Ulasan