Jumaat, 8 September 2006

Berita gumbira

Aku baru sahaja bercakap dengan Puan Norashikin Muhd Nor yang merupakan Editor di Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Beliau memaklumkan bahawa Utusan Publications & Distributors telah bersetuju untuk menerbitkan novel "Stigma."

Alhamdulillah, sememangnya ini satu berita gembira yang amat aku nanti-nantikan. Kata Puan Norashikin lagi, insya-Allah novel ini akan terbit tahun ini juga.

Ini merupakan satu motivasi bagiku untuk terus berkarya. Insya-Allah aku akan mulakan penulisan novel keduaku tidak lama lagi yang merupakan kesinambungan kepada "Stigma."

1 maklum balas:

Liyana berkata...

akhirnya impian abang menjadi kenyataan.liyana nak jadi orang pertama yang dapat autograf abang dalam novel 'Stigma'