Selasa, 20 Jun 2006

E-Novel dan dakwah

Pertama sekali terima kasih kepada semua yang sudi mendengar celotehku dan Izza Aripin di Radio IKIM jam 10.30 pagi tadi. Terima kasih juga kepada Ustaz Mahathir yang menjadi pengantara program IKIM.com tadi. Penghargaan juga kepada Izza kerana sudi menjadi reguku di konti Radio IKIM tadi. Jangan serik ya, Izza?

Sengaja kami bawakan topik e-novel ini sekadar untuk mengajak semua yang berkecimpung dalam dunia penulisan Internet ini untuk memikirkan kemungkinan untuk menggunakan wadah ini untuk menyampaikan mesej dakwah. Kisah yang disampaikan tidak perlu bersifat "doktrinasi" atau "memaksa," sebaliknya mesej dakwah itu boleh diselitkan secara halus dan tersirat menerusi penerapan nilai-nilai Islam di dalam kisah yang disampaikan.

Kita tidak perlu melabelkan segala-galanya sebagai Islamik untuk menjadikannya serasi dengan Islam. Sebaliknya pendekatan yang bijaksana dan penuh hikmah dengan menerapkan unsur-unsur ini secara tersirat mampu menjadi satu mesej dakwah yang lebih berkesan berbanding yang disampaikan secara tersurat.

Apapun teknologi perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berdakwah. Inilah yang aku perjuangkan selama hampir 7 tahun setengah aku di tempat kerja lamaku dengan mengenengahkan idea tentang "tekno-dai." Aku harap mereka yang serasi dengan teknologi mampu menjadi golongan baru pendakwah (dai) yang teknosentrik supaya golongan sasar masa kini dapat didekati. Itulah harapanku.

4 maklum balas:

Tanpa Nama berkata...

saya tunggu segmen abang shaikh dan kak izza dari pukul 7! tak sabar!

tersenyum simpul saya bila abang shaikh ingat nak sebut tentang kami yang ntah apa-apa ni.

insya-Allah, mungkin selepas ni, zetty akan cuba menulis sesuatu yang berunsurkan dakwah pula.Tapi masih berunsurkan remaja.

Terima kasih banyak-banyak, abang shaikh!Kak Izza!

Tanpa Nama berkata...

waaaahhh...bersemangat sungguh sezzy.

serik? ehehehehehe...tk serik kot

Tanpa Nama berkata...

semangat ni, kak izza..gigih cari frekuensi radio Ikim pagi-pagi. pasang radio dekat dapur pulak tu, boleh dengar radio sambil-sambil memasak.

hehe

Tanpa Nama berkata...

frust sebab saya ada kelas time tu...tak dapat dengar..