Dalam kesibukan hari ini, aku dan isteri pergi ke Carrefour Wangsa Maju lewat petang tadi. Ada beberapa benda yang perlu dibeli dan kami juga mengambil kesempatan untuk makan malam di situ.
Antara tempat wajib yang akan ku singgah setiap kali di Carrefour adalah kedai buku di situ. Dalam membelek-belek buku-buku yang ada, aku terpandang novel-novel di situ. Antaranya ialah ...dan Mimpi pun Bersatu karya sahabatku Izza Aripin. Tersenyum aku sendirian sambil bertanya diri sendiri, bila agaknya novelku akan berada di pasaran.
Aku memegang naskhah novel ...dan Mimpi pun Bersatu tersebut. Inginku beli tapi entah mengapa bila diintai dompetku, tunaiku tak mencukupi. Rasa malas untuk ke mesin ATM. Tapi tak mengapa, memang aku selalu juga ke situ. Aku tintakan di mindaku supaya novel itu akan ku beli bila aku ke sana lagi. Dan aku akan minta Izza Aripin untuk menurunkan autografnya di naskhahku itu.
Aku membeli akhbar Kosmo di kedai buku itu. Aku bukanlah jenis yang suka membaca akhbar tabloid, tapi sebab tunaiku tidak banyak, aku membuat keputusan untuk membeli akhbar yang hanya berharga 80 sen itu. Aku rasa aku membuat keputusan yang tepat kerana di dalam akhbar Kosmo hari ini ada 3 rencana mengenai dilema penulis novel baru.
Aku membaca rencana-rencana itu dan tersenyum seorang diri. Betapa benarnya apa yang tercatat. Namun, itulah cabaran kepada sesiapa yang ingin bergelar novelis.
Khamis, 22 Jun 2006
Sepetang di Carrefour
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 maklum balas:
apa dilemma nya?cerita lah sikit...(tak beli suratkhabar Kosmo)
Dilemanya secara ringkas ialah penulis baru nie sama ada terlalu yakin atau kurang yakin. Yang terlalu yakin tak boleh terima pandangan penerbit sehingga karya tidak boleh diubah walau sepatah pun. Yang kurang yakin pula menyebabkan ramai penulis baru yang tidak mahu tampil walaupun mereka berbakat menyebabkan karya mereka terperuk di dalam simpanan.
Satu lagi dilema pastinya kesukaran untuk mendapatkan penerbit kerana belum dikenali. Sanggupkah penerbit melaburkan wangnya untuk menerbitkan novel seorang penulis baru?
Susah jugak ye..
Betul pun ya.. Mana ada orang nak melabur untuk nama-nama penulis yang baru. Takut takde market dan sebagainya..
Apapun.. belum cuba belum tahu. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.. :)
Sampai hari ni Zetty tertanya-tanya, "Ruyung tu apa?Macam mana rupa ruyung tu sebenarnya?". Chihihi...
Kalau ikut Kamus Dewan, ruyung ialah "kulit atau kayu yg keras drpd batang rumbia (enau dll)."
Tapi abang pun tak pernah tengok ruyung sebenarnya, atau kemungkinan besar pernah tengok tapi tak kenal.. hehehe
ada juga penerbit yg berani melaburkan ringgit utk mengupah novelis baru seperti kaki novel. cthnya, novelis izzul izzati yg sblm ni mmg tk de pengalaman menulis.
tentang penulis x mau editor usik karyanya tuh...sy ada pendapat lain. kalau editor nk edit, biarlah jgn sampai edit 50% kandungannya. nanti hilang pula identiti penulis. kalau edit lbh 50%, lbh baik editor yg menulis.
utk pengetahuan, kerjaya hakiki sy ialah editor dan kerjaya sambilan sy ialah penulis....wakakakakaka.
Catat Ulasan