Jumaat, 19 Jun 2009

Jari telunjuk

Dua ataupun mungkin tiga minggu mutakhir ini, aku banyak mengetuk papan kekunci komputer. Sehari dua kebelakangan ini, jari-jariku terutamanya jari telunjuk tangan kanan terasa sedikit pedih.

Mungkin itu petanda aku perlu memperlahankan sedikit aktiviti ketuk-mengetuk papan kekunci. Tetapi jika itu aku lakukan, mampukah aku menyiapkan manuskrip yang telah aku janjikan?

4 maklum balas:

xara berkata...

Saya juga pernah mengalami perkara sedemikian. Cumanya kepedihan bukan sekadar jari telunjuk, tetapi berjangkit ke jari hantu juga. Oleh itu, saya cadangkan buat sementara ni, balut jari-jari itu dengan plaster sehingga pulih. Di farmasi ada dijual plaster kosong yang tidak berubat. Plaster berubat biasa pun boleh juga digunakan.

Kelana berkata...

Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Cadangan yang tidak pernah saya terfikir. :)

qunia berkata...

salam,
Dunia sekarang kan sudah canggih. Tidak perlu kita mengetuk dengan kuat papan kekunci yang ada tu. Sekadar sentuh sedikit pun huruf akan terpapar di skrin. Berbeza dengan masa lalu semasa orang masih menggunakan mesen taip. Perlu memberi tekanan ke atas papan kunci barulah huruf akan dicetak dan terpamir. Mengetuk dengan perlahan juga akan memanjangkan hayat papan kekunci berkenaan. Sekadar memberikan saranan.

xara berkata...

saya rasa kalau yang cedera itu jari telunjuk, perkara yang patut dipersalahkan adalah scrolling mouse bukannya keyboard. :)