Jumaat, 5 Jun 2009

Gamat dengan penulis saifai


Yang rendah dan yang tinggi: 
Aku dan saudara Mat Jan

Semalam seperti yang dijadualkan, aku berada di gerai PTS Publications and Distributors Sdn Bhd bersempena Read Malaysia 2009 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC) di The Mines. Bersama-sama memeriahkan sesi bertemu penulis ini ialah saudara Mat Jan selaku pengerusi majlis, saudara Firdaus Ariff, saudara Bahruddin Bekri dan saudara Nazri M. Annuar.
Saudara Mat Jan mempengerusikan acara dengan gaya tersendiri. Kiri sekali saudara Firdaus dan di tengah ialah saudara Bahruddin yang memerhati dengan penuh khusyuk.

Acara yang bermula jam 2.30 petang itu agak gamat dengan telatah-telatah lucu saudara Bahruddin Bekri dan saudara Nazri M. Annuar. Juga penampilan istimewa watak Dark Flora dari novel Transgenesis: Bisikan Rimba

Sebenarnya, kami menantikan kemunculan Flora tetapi entah macam mana, tudung Flora telah disabotaj (oleh Dark Flora agaknya) menyebabkan Flora tidak dapat muncul. Sebaliknya, Dark Flora yang datang beramah-mesra dengan pengunjung gerai PTS. Agak kaget juga menyaksikan Dark Flora yang dikenali dengan kemarahan dan dendam kesumatnya melemparkan senyuman dan beraksi di hadapan kamera pada petang semalam.
Dark Flora (selepas mensabotaj Flora) yang sempat bergambar dengan pengunjung gerai PTS. 

Apa pun, yang penting majlis berjalan lancar dengan penuh kemeriahan, keceriaan dan kelucuan. Terima kasih kepada PTS (khususnya saudara Nazri dan saudara Mat Jan) yang memberi peluang kepada aku untuk turut serta dalam acara semalam.

4 maklum balas:

Xara berkata...

Wah, kali ni tak sempat pun nak pergi READ walaupun the Mines tu tak jauh pun dari Bangi. Ada hal lain. Apa pun tahniah atas program yang dijalankan.

Next cover untuk transgenesis tak perlulah cari model-model lain.. dah ada model Flora tu.. :)

embun berkata...

Tuan,
Pertamanya tahniah saya ucapkan kerana novel tuan digemari pelbagai kaum.

Kedua, ingin saya cadangkan agar model2 tuan (Flora dan Dark Flora) tidak muncul dengan hanya kelainan kostum tetapi diserikan lagi dengan solekan yang bersesuaian. Saya percaya kemunculan Flora dan Dark Flora pasti ditunggu2 oleh peminat novel ini. Apa lagi kalau dapat merakamkan foto bersama. Kerana itu saya yakin, solekan yang bersesuai mampu menyerlahkan kedua2 watak ini. Seperti mana penerbit2 filem membawa watak mereka dlm kostum sebenar ketika mempromosikan filem mereka, saya pasti, pihak tuan juga dpt berbuat demikian.

**ketika menulis komen ini, saya terbayang2 Cicakman dan Storm (X-Men).

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen berkata...

Saudari Xara,

Pujian harus diberikan kepada pihak PTS kerana memberi ruang kepada penulis. Insya-Allah, banyak lagi ruang bagi bertemu pembeli/pembaca novel saifai dalam program-program akan datang. Terdekat ialah Pesta Buku Selangor di Shah Alam pada bulan Julai nanti.

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen berkata...

Saudari Embun,

Terima kasih atas kunjungan dan maklum balas yang diberikan. Pandangan saudari sememangnya mencetuskan beberapa idea baharu yang boleh dimanfaatkan. Juga, saya (dan beberapa rakan) sedang mengusahakan suatu kelainan dalam menjenamakan Transgenesis. Nantikan maklumat terkini yang bakal diuaruarkan menerusi blog ini.