Isnin, 27 April 2009

Berakhir sudah Pesta Buku 2009

Semalam ialah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Dalam kelam-kabut hidup aku, sempat juga aku menerjah PBAKL sebanyak dua kali.

Kali pertama, pada sebelah malam hari Jumaat, 24 April dan kali kedua, pada tengah hari 26 April. Secara peribadi aku gembira kerana begitu ramai sekali pengunjung ke PBAKL sekalipun tahun ini, PBAKL diadakan bukan pada cuti sekolah. Aku juga diberitahu yang jualan di kebanyakan gerai meningkat sehingga 30%. Ini merupakan satu petanda yang menggalakkan.

Jika trend ini berterusan pada masa-masa akan datang, aku yakin industri penerbitan negara akan terus berkembang maju, insya-Allah. Itulah doa kita semua.

1 maklum balas:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Jika ditinjau dari sudut pemain dlm industri juga sudah melimpah ruah. Mungkin KLIBF mmerlukan ruang yg lebiih besar pada masa akan dtg. Membuka peluang kpd lebih banyak penerbit yang serius.