Alhamdulillah.
Kalimah tahmid sahaja yang mampu aku ucapkan apabila menerima khabar gembira dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Di bawah Dana Penulis, PNM telah membeli secara terus daripada penulis naskhah judul yang ditulis untuk dibekalkan ke perpustakaan-perpustakaan desa seluruh negara. Aku merupakan salah seorang penulis yang bernasib baik apabila Transgenesis: Bisikan Rimba menjadi satu daripada tajuk yang terpilih. Pihak PNM membeli 1,041 naskhah judul ini. [Maklumat lanjut boleh dibaca di sini].
Susulan daripada perkembangan ini, aku juga telah dimaklumkan bahawa PTS Publications & Distributors Sdn Bhd sedang mengulang cetak Transgenesis: Bisikan Rimba. Ini bermakna dalam tempoh setengah tahun, Transgenesis: Bisikan Rimba telah memasuki cetakan kedua. Bagiku, ini merupakan satu perkembangan yang cukup memberangsangkan dan memberikan dorongan yang lebih untuk aku terus berkarya.
Syukur alhamdulillah!
Isnin, 24 November 2008
Durian runtuh
Dicoret oleh Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen pada 01:05
Label Transgenesis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 maklum balas:
Tahniah! Tidak semua penulis mampu mendapat peluang yang sebegitu.
Novel ini memang bermutu dari sudut bahasanya, mantap ilmu bantunya dan terpenuh debar dengan thrillernya.
teruskan usaha menghasil novel2 yang menyegarkan sebegini dan mencabar minda pembaca. Pembaca di malaysia perlukan novel-novel yang bermutu, bukan hanya dengan kisah cinta picisan yang diulang entah berapa kurun lampau.
saya pembaca novel yang bermutu sebegini. Beberapa orang penulis baru masa kini sudah mula terlihat keluar daripada kepompong cinta murahan dan membawa idea baru. Tahniah!
Saudari Anyss:
Terima kasih atas maklum balas dan dorongan. Insya-Allah saya akan cuba untuk menghasilkan karya-karya seperti "Transgenesis: Bisikan Rimba".
wah, syabas syabas! saya turut bergembira!
tahniah!
saya dah membaca berita gembira ini melalui unika pts :) tapi lambat respon yang saya beri ya ;)
saya sudah banyak membaca ulasan buku daripada peminat-peminat buku
malah saya promosikan pada rakan-rakan saya mengenai transgenesis.
walhal, diri sendiri pun belum pernah membacanya. hehe.. minta maaf, insya Allah saya akan beli.. maklumlah msh bljr, pasti duit perlu dibajet dgn lebih teliti. hehe..
manalah tahu saya boleh beli 2 buah siri ini sekaligus tahun ini
agak-agaknya pesta buku tahun ni sudah terbit siri ke-2?
Catat Ulasan