Isnin, 19 Mei 2008

Berforumlah pula

Lebih kurang dua minggu lepas, aku mula berjinak-jinak dengan Forum Cari yang memfokuskan kepada perbincangan dunia penulisan di negara kita. Ramai yang bergiat di situ, dari kaca mata aku, adalah anak-anak muda yang giat membaca. Jadi aku sengaja menjengah di situ dan meninggalkan pandangan dan maklum balas.

Rasaku, tidak salah kalau penulis seperti aku turut sama berforum. Bukannya apa, sekurang-kurangnya kalau ada sebarang soalan, boleh aku jawab secara terus, dan jika ada sebarang komen, boleh aku terima secara langsung.

Apapun, namaku di persada forum itu tetap sama, cuma ejaannya Amir_Husaini. Dan forum yang aku maksudkan boleh dicapai di alamat ini.

6 maklum balas:

RMN berkata...

Laman forum ada bagusnya, ada manafaatnya. Saya juga sering bergelintar di sana. Melihat-lihat trend semasa terutama dalam pengkaryaan dan penerbitan buku. Boleh juga dijadikan rujukan secara tidak rasmi.

Apabila kita mengumpulkan pandangan2 yang terisi, kita dapat menganalisis trend pembacaan masyarakat.

Teruskan berforum.

alaf21fc berkata...

Berforum untuk mencerdaskan minda.

Abang Long berkata...

Salam hormat. Adakah saudara pernah menyertai Geng Jurnal ?

Kelana berkata...

Terima kasih saudara RMN. Insya-Allah saya akan terus berforum bila ada kelapangan.

Kelana berkata...

alaf21fc: Saya setuju yang perbincangan forum boleh menggalakkan kecerdasan minda. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Kelana berkata...

Salam hormat Abang Long. Saya tidak pernah menyertai Geng Jurnal.