Ahad, 9 Julai 2006

Transplantasi blog

Aku sebenarnya baru tiba di Kuala Lumpur dari Kuching. Aku berada di Bumi Kenyalang kerana memenuhi jemputan memberikan ceramah mengenai transplantasi atau pemindahan organ.

Kali ini, aku tidak berniat untuk memperkatakan tentang perkara ini, kerana blog ini bukan wadah yang sesuai. Sekadar aku ingin perkenalkan rupa baru blog ini dengan latar jingga yang lebih sesuai dengan namanya "Ombak Senja."

Untuk itu, aku ingin rakamkan penghargaan kepada dua insan yang membantu dalam proses menghasilkan rupa baru blog ini. Pertamanya kepada saudari Zetty yang telah mengirimkan gambar yang dijadikan latar blog ini. Dan keduanya kepada saudara Firdaus yang telah menyiapkan kod-kod HTML untuk blog Ombak Senja versi 2.0 ini.

Dan kepada semua, teruslah berkunjung ke Ombak Senja. Sekalipun berombak, panoramanya tetap indah...

4 maklum balas:

auni berkata...

Your Welcome.

Ehe, Cantik dah..baru la senja namanya dengan warna jingga.

Kelana berkata...

hehehe... tu laaa... sebelum nie tak nampak senja langsung..

izza berkata...

I still like the old one..ehehehe. posting lelama tak nak haplud ke?

Kelana berkata...

eh.. posting lelama mmg ada di sini... izza konfius dgn teropongskop kot?